PROFIL SEKOLAH

 

  

Sejarah Sekolah

 

        Sekolah Kebangsaan Sungai Rengit asalnya telah dibina di atas sebidang tanah berhampiran dengan Masjid Sungai Rengit secara bergotong-royong. Mula digunakan pada April 1974 dengan nama Sekolah Melayu Sungai Rengit.    

 

        Nama sekolah ini ditukarkan kepada Sekolah Umum Sungai Rengit setelah dipindahkan dalam kawasan Pekan Sungai Rengit kira-kira 3/4 km dari tapak sekolah lama.

 

        Pada Ogos 1954, nama sekolah diubah kepada Sekolah Sungai Rengit, Pengerang, Johor dan telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Kota Tinggi. Pada tahun 1981, bangunan baru dua tingkat dibina di atas tapak padang sekolah dan bangunan tersebut mula digunakan pada tahun 1983 dengan sepenuhnya.    

 

        Satu peningkatan SKSR diperolehi dalam Rancangan Malaysia Ketujuh apabila bangunan empat tingkat mula didirikan pada bulan Mac tahun 2002. Ia didirikan di tapak bangunan lama yang telah berusia 47 tahun pada ketika itu dan kini hanya tinggal dalam kenangan. Bangunan 4 tingkat ini mula digunakan pada April 2003 dan kini berfungsi dengan sepenuhnya sesuai dengan kenaikan gred SKSR kepada sekolah "Gred A" pada pertengahan tahun 2002.

       

 

 VISI SEKOLAH

 

Sekolah unggul penjana generasi terbilang

 

 

MISI SEKOLAH

 

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

 

 

MATLAMAT STRATEGIK

 

~ Mempunyai Barisan Pemimpin Pengurusan yang Berintegriti

 

~ Mempunyai Sumber Manusia yang Berkualiti dari segi Kelimuan, Kemahiran dan Sahsiah

 

~ Melahirkan Insan Berkualiti yang dapat Memenuhi Keperluan Global

 

~ Mencapai Prestasi Cemerlang dalam Pentaksiran dan Penilaian

 

~ Mempunyai Sistem Kemudahan Pendidikan yang Berkualiti

 

~ Mempunyai Sistem Pengurusan yang Cekap dan Berkesan

 

 

SLOGAN

 

SKSR MENERAJUI KEUNGGULAN

 

 

MOTO

 

BERILMU BERJASA